From the left is Suhana, Deddi,manap,pian's brother,abu and pian. We were just walking around the Bukit Jalil
Sukom 98 adalah satu temasya sukan yang sukar
dilupakan. Pengalaman 5 hari di Bukit jalil membawa kenangan pahit dan
manis yang mungkin tidak akan berulang lagi di masa mendatang. Pada mulanya
agar sukar mempercayai untuk ke Sukom..Pada masa yang sama saya tengah
bercuti bagi pertengahan semester 1 di ITM Shah Alam.Untuk ke Bukit Jalil
ia mengambil masa yang agak lama lebih kurang 2 jam dari Shah Alam kerana
saya menggunakan Teksi, komuter dan LRT..namun ia tidak memenatkan bagi
saya malah saya lebih bersemangat untuk ke Bukit Jalil.
Setibanya di Bukit Jalil keadaan
sungguh menyeronokkan. Ramai pengunjung ke sana sama ada untuk menyaksikan
apa sahaja acara yang sedang dipertandingkan mahupun untuk melihat kawasan
sekitar.Tidak lupa para peniaga mengambil kesempatan itu untuk menjual
barang - barang beraneka corak untuk dijadikan cenderamata serta kenangan
KL98.Saya dan rakan - rakan saya datang untuk menyaksikan perlawanan hoki
bagi pasukan Malaysia sehingga pasukan Malaysia dapat memasuki perlawanan
separuh akhir.Tentulah pemain idola saya Calvin Fernandez.
Apa yang dirasakan adalah
rakyat Malaysia begitu prihatin serta memberi kerjasama yang terbaik bagi
menaikkan imej negara.Inilah yang menakjubkan bagi saya.Dengan senyuman
manis daripada pihak penganjur saya rasakan bahagian perkhidmatan serta
pengurusan telah melaksanakan tugasmereka dengan cemerlang. Tahniah diucapkan
kepada SUKOM98 Berhad.